Agenda Daily
4/9/2016


Usaha untuk mempertimbangkan saranan agar jumlah jam bekerja kakitangan awam dari 8 ke 6 jam sepatutnya tidak berbangkit.  Dalam dunia menuju ekonomi berasaskan persaingan, produktiviti dan kualiti kerja sepatutnya dijadikan keutamaan, bukannya cadangan yg remeh sebegini.
 

Justifikasinya, Malaysia antara negara teratas yg memberikan dan mempunyai cuti kelepasan am paling banyak di dunia.Selain itu masih banyak rungutan yg kedengaran di pihak pengguna dan masyarakat berhubung karenah birokrasi dan sikap culas dan sambil lewa segelintir kakitangan awam dlm menguruskan permohonan atau khidmat kepada rakyat.

 

Lantas isu isu teras sebegini seeloknya ditumpukan bukannya pengurangan jumlah jam bekerja.Waktu rehat, selain cuti 2 hari seminggu dan 8 jam bekerja sehari sepertimana amalan selama ini sudah cukup terbaik.Dengan pelbagai insentif serta layanan kebajikan yg diberikan kerajaan selaku majikan, 1.6 juta penjawat awam yg sudah memperoleh 2 kali kenaikan gaji untuk tahun ini sahaja sewajarnya lebih komited dalam tugas.Cuepac selaku pejuang bagi penjawat awam sewajarnya menumpukan daya usaha bagi produktiviti yg lebih tinggi selain kualiti kerja tahap terbaik ke arah menjadikan perkhidmatan awam negara bertaraf dunia.

 

Cuepacs juga digesa lebih pro aktif dlm soal ini dengan bukan hanya bertumpu soal upah kerja lebih masa, bonus atau pengurangkan jam bekerja. Sebaliknya Cuepac seharusnya profesional dan tidak bersikap berat sebelah dalam usaha meningkatkan displin kakitangan, bersama kerajaan dalam membanteras elemen sabotaj pihak penjawat awam yg gagal memberikan kesetiaan pada “government of the day” contohnya. Selain isu kurang kompeten penjawat awam dlm memberikan khidmat kepada masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan juga perlu diberi perhatian oleh cuepacs.

 

Syed Mohd Johan Rizal Bin Syed Unan Mashri

Pengerusi Kelab Belia Darulaman.

Naib Ketua Pemuda Umno Alor Setar.
UTM Open Day