Bernama
23/5/2017

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Ceupacs) menggesa agensi-agensi kerajaan menubuhkan jawatankuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) agar nasib penjawat awam yang berhadapan risiko keselamatan dan kesihatan ketika dalam perkhidmatan, terbela.

Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda berkata setiap tahun, jumlah penjawat awam yang berhadapan risiko isu keselamatan dan kesihatan meningkat dengan ketara disebabkan kurangnya langkah mencegah dalam menangani isu ini di agensi masing-masing.

Katanya sebagai contoh, Kementerian Pendidikan yang mempunyai kira-kira setengah juta kakitangan dilihat tidak mempunyai pasukan petugas sendiri bagi menangani isu itu sedangkan ia amat penting khususnya kepada guru-guru dan para pelajar yang terdedah kepada risiko itu setiap mas

UTM Open Day