29/1/2019
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, NACP perlu disokong pelan integriti baru selain lebih baik dari sebelum ini.
“Mungkin pelan baru ini akan dapat memberi kesedaran jelas di samping meningkatkan tadbir urus yang lebih baik, good governance untuk elakkan perkara seumpama ini.
“Sebab itu penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) ini perlu ada, supaya ia menjadi imbang semula kepada apa kita lakukan dalam tindakan tertentu terutama melibatkan urusan projek, urusan kewangan dan sebagainya,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Selasa.
Jelas Dr Ismail, berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa sebanyak 40 peratus daripada pesalah yang ditahan oleh SPRM dalam tempoh 2011 sehingga 2015 merupakan penjawat awam.
Sementara itu, kajian Persepsi Integriti Nasional (KPIN) mendedahkan bahawa penjawat awam juga kurang kefahaman mengenai rasuah, khususnya yang berkaitan dengan 10 kesalahan rasuah seperti yang terkandung dalam Akta SPRM 2009.