Bernama
Tarikh kemaskini: 06/11/2017
SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengekalkan Skim Pencen Perkhidmatan Awam, tidak kira bagi kakitangan awam sedia ada atau baharu pada masa akan datang.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata antara sebab utama skim pencen dilihat masih relevan adalah kerana gaji penjawat awam agak rendah berbanding pekerja swasta, sehingga menyukarkan kakitangan awam mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara kelak.
“Forum Pencen Sedunia pun ada menyatakan bukan sahaja pencen perlu dikekalkan tetapi nilainya perlu ditambah supaya ia mencukupi dan mampu menampung peningkatan kos sara hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa dan Bual Bicara bersama kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan dan Melaka, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Fama Negeri Sembilan, Muslim Manja…..