Bernama
9/10/2016

KOTA BHARU, 9 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyemak semula Dasar Perumahan Negara (DPN) bagi membolehkan penjawat awam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40) memiliki rumah sendiri.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata golongan tersebut perlu dibantu berikutan taraf hidup yang makin meningkat dan harga rumah yang mahal sehingga mencecah RM400,000 bagi sebuah rumah teres di Kelantan.

“Kami harap kepayahan dialami penjawat awam ini mendapat perhatian kerajaan dan semakan semula dasar dapat disegerakan…..
UTM Open Day