Berita Harian

Oleh Siti Rohana Idris bhkb@bh.com.my

31/10/2016



KOTA BHARU: CUEPACS tidak akan membela nasib ahlinya jika terbabit dalam himpunan BERSIH. Timbalan Presiden II CUEPACS, Mohd Shaman Jaes, berkata tindakan tatatertib di bawah Perintah Am juga akan dikenakan terhadap penjawat awam yang tertangkap. “Bagaimanapun setakat ini CUEPACS tidak menerima sebarang aduan berhubung ahli kami yang terbabit dalam gerakan itu (BERSIH). “Kalau ada yang ditangkap, kita ada Perintah Am yang boleh diambil tindakan dan sudah tentu CUEPACS memihak kepada kerajaan dan kita tidak akan membela penjawat awam yang terbabit,” katanya di sini, hari ini. Mohd Shaman yakin keseluruhan ahli CUEPACS tidak terbabit dalam gerakan BERSIH sebaliknya menyokong kerajaan.

UTM Open Day