Utusan Malaysia
23/3/2015
PENGARAH Hospital Jengka, Dr. Rohaidah Abdul Raoh (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Azih Muda sambil diperhatikan oleh Pengerusi Kesatuan Sekerja Pembantu Penyediaan Makanan Hospital Semenanjung Malaysia, Kamaruzaman Ramli (kanan) pada majlis Taklimat Khas Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam serta Isu-isu Semasa perkhidmatan Awam di Hospital Jengka di Pahang, semalam.
23/3/2015
PENGARAH Hospital Jengka, Dr. Rohaidah Abdul Raoh (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Azih Muda sambil diperhatikan oleh Pengerusi Kesatuan Sekerja Pembantu Penyediaan Makanan Hospital Semenanjung Malaysia, Kamaruzaman Ramli (kanan) pada majlis Taklimat Khas Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam serta Isu-isu Semasa perkhidmatan Awam di Hospital Jengka di Pahang, semalam.KUALA KRAU 23 Mac – Tindakan sekumpulan aktivis mengadakan perhimpunan bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kompleks Kastam Kelana Jaya hari ini menyusahkan orang ramai yang berurusan dengan jabatan berkenaan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, perhimpunan itu sekadar bertujuan menarik perhatian dan mendapatkan publisiti ketika isu berkenaan hangat dibincangkan banyak pihak.
Sambil menyatakan rasa terkilan dengan tindakan tersebut, beliau berkata, kawasan kompleks kastam dijadikan lokasi perhimpunan juga tidak relevan kerana pegawai dan penguat kuasa jabatan tersebut tidak ada kuasa untuk membatalkan atau menangguhkan pelaksanaan GST yang akan dikuatkuasakan pada 1 April ini.
“Pegawai Kastam adalah anggota yang melaksanakan semua dasar kerajaan termasuk percukaian sekali gus tertakluk dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
“Tindakan kumpulan aktivis itu memilih dan menyerbu kompleks Kastam Kelana Jaya untuk menyuarakan bantahan berkaitan GST turut dipersoal kerana seolah-olah jabatan berkenaan ada kuasa untuk membubarkan GST yang menjadi dasar kerajaan hari ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan taklimat khas berhubung 252 skim perkhidmatan dan isu-isu semasa perkhidmatan awam di Jengka dekat sini hari ini.
Azih berkata, mana-mana pihak termasuk aktivis perlu mengadakan perundingan dua hala dengan kerajaan bagi mendapatkan pertimbangan, bukannya dengan cara mengadakan perhimpunan seperti itu kerana boleh menjejaskan nama baik negara.
Jelasnya, walaupun CUEPACS memahami dan berasa tempias berkaitan pelaksanaan GST, namun sebagai pekerja awam harus kekal menyokong bersama kerajaan dan pada masa sama berusaha mendapatkan bantuan kerajaan bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat.