Bernama
21/8/2016
21/8/2016
IPOH, 21 Ogos (Bernama) — Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Pengerusi Giat Mara, Datuk Azian Osman berkata cadangan tersebut perlu ditolak kerana ia bakal melambatkan proses kenaikan pangkat bagi kakitangan lain dan menyekat peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan institusi pengajian tinggi.
“Sebelum ini kita menyokong tindakan kerajaan menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60, tetapi bila dicadangkan naik sehingga 62 tahun, ia keterlaluan


