ASSALAMUALIKUM WAHAI SAHABAT KU PENOLONG JURUTERA KKAUTM
BULETIN SKIM KEJURUTERAAN (J) KKAUTM
28hb-29hb.Ogos 2017-Bengkel Penubuhan Gabungan Jawatankuasa Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiti Awam Malaysia telah diadakan di Dewan Seminar Al-Farabi UPM, Serdang, Sekangor. Seramai 8 mewakil staf Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Sains UTM adalah seperti berikut:
- Ts. Khairulnizam Bin Haji Mohamed
- Tc. Azman Bin Mohmed
- Tn. Hj. Azmi Bin Rais
- Tc. Suhee Tan Bin Hasan
- En. Md.Fabilah B. Mat Esa
- Tc.Wan Faizul Bin Wan Ismail
- Ts. Mohd Halil Lail Bin Mohd Rukiban
- Tn. Hj . S. Syed Alwi Bin Suleiman
Bengkel bertujuan bagi membincangkan bagaimana membentuk satu gabungan Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiti Awan Malaysia,Bengkel telah bersetuju menubuhkan Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM) terbuka pada Penolong Jurutera (JA29 -JA40) dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiiti Awan Malaysia(DV 19-DV40) yang akan bernaung di bawah GAKUM.
Gabungan ini akan membincangkan bagi meningkatkan peluang kerjaya, membuat kertas kerja bagi dilanjutkan kepada GAKUM dan seterusnya ke CUEPACS ,mengadakan seminar,bengkel,forum dan lain-lain aktiviti bagi meningkatkan kerjaya sebagai penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Universiiti Awan Malaysia khasnya. Barisan kepimpinan Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM) seperti berikut:
Bil | Nama | Jawatan | Universiti |
1 | Ts. KHAIRULNIZAM BIN HAJI MOHAMED | PRESIDEN | UTM |
2 | EN. ABU HANIPAH BIN A.JALAL | TIMBALAN PRESIDEN | UTHM |
3 | Tc. MOHD MOHIDDEN BIN MANSOR | SETIAUSAHA | UTeM |
4 | EN. BAHAMAN BIN HARON | TIMBALAN SETIAUSAHA | UPNM |
5 | EN. MOHD AEINI BIN AMIN | BENDAHARI | UTeM |
6 | PN. AZREENA BINTI ABIDIN | TIMBALAN BENDAHARI | UTHM |
7 | EN. ZAINAL BIN HJ MAHDI | AHLI JAWATANKUASA | UTeM |
8 | EN. RAZMI BIN A RAZAK | AHLI JAWATANKUASA | UTeM |
9 | Tc. AZMAN BIN HAJI MOHAMED | AHLI JAWATANKUASA | UTM |
10 | Ts. MOHD HALIL BIN RUKIMAN | AHLI JAWATANKUASA | UTM |
11 | HJ. KHALID BIN MUHAMMAD | AHLI JAWATANKUASA | UIA |
12 | EN. TARMIZI BIN ABDUL RANI | AHLI JAWATANKUASA | UIA |
13 | EN. AZIZULZAMRI BIN MUHAMED AMIN | AHLI JAWATANKUASA | UTHM |
14 | HJ. ZAINUDDIN BIN MOHD NOH | AHLI JAWATANKUASA | UTHM |
15 | EN. MU’MIN BIN MAHMUD | AHLI JAWATANKUASA | UMK |
16 | EN. WAN AHMAD FATHILLAH BIN WAN AB RAHMAN | AHLI JAWATANKUASA | UMK |
17 | EN. MOHD SHUKRI BIN HAJI UJANG | AHLI JAWATANKUASA | USIM |
18 | EN. NORNADIA BINTI ADNAN | AHLI JAWATANKUASA | USIM |
19 | EN. MOHD PADZLY BIN RADZI | AHLI JAWATANKUASA | UMP |
20 | EN. KHAIRIDZ AZUWAR BIN SHAFIE | AHLI JAWATANKUASA | UMP |
21 | EN. SYAARANI | AHLI JAWATANKUASA | USM |
22 | EN. A.RAMAZI | AHLI JAWATANKUASA | USM |
23 | EN. AZEHAR BIN BAHARI | AHLI JAWATANKUASA | UM |
24 | EN. MUHAMMAD KAMAIRUL BIN MOHD SHARIFDUDDIN | AHLI JAWATANKUASA | UM |
25 | EN. MOHD FAIRUZ BIN ABDUL WAHAB | AHLI JAWATANKUASA | UPNM |
26 | EN. MIOR MOHAMAD ALWI BIN JAMALUDIN | AHLI JAWATANKUASA | UPNM |
27 | EN. MOHD REDZUAN MOHAMED RAMLI | AHLI JAWATANKUASA | UPM |
28 | EN. MUHAMMAD RAMLI MUZAMMIL | AHLI JAWATANKUASA | UPM |
29 | EN. MOHD FADHLI MOHAMED BASIR | AHLI JAWATANKUASA | UiTM |
KURSUS TRANSFORMASI PENOLONG JURUTERA JA29 ANJURAN PEJABAT PENDAFTAR UTHM, BATU PAHAT, JOHOR
25-27 Julai 2017 – Hotel Copthorne Cameron Highland -Kursus Transformasi Penolong Jurutera JA29 -(Penolong Jurutera Pemangkin Kecemerlangan dan Pengukuhan Organisasi-Anjuran: Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Organisasi Dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pihak penganjuran Unit Pembangunan Modal Insan UTHM telah sepakat untuk mengadakan sesi ceramah sepanjang kursus tersebut. Antara penceramahnya adalah seperti berikut
- Yg.Bhg Datuk Omar Bin Osman (Mantan Presiden Cuepacs)
- Sdr. Abdul Rahman Bin Haji Mohd Nordin (Timb. Setiausaha Agung II Cuepacs)
- Ts. Khairulnizam Bin Haji Mohamed (Presiden Gabungan Teknikal Universiti Awam)
- En. Azizul Zamri Bin Mohamed Amin (Penolong Jurutera UTHM)
- Tuan Haji Zainuddin Bin Mohd Noh (Penolong Jurutera Kanan UTHM)
Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan serta pengkongsian pengalaman oleh pakar dalam bidang kejuruteraan berkaitan cabaran dan isu serta profesionalisme kerjaya sesorang Penolong Jurutera. Selain itu para peserta dapat menukar idea untuk berfikiran positif, membina keyakinan dan kemampuan untuk berhadapan dengan tuntutan kerja yang mencabar dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif.
BARISAN KEPIMPINAN JAWATAN KUASA PENOLONG JURUTERA KKAUTM SESI 2017/2018
Sukacita kami maklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Am UTM telah melantik barisan kepimpinan Jawatan kuasa Penolong Jurutera UTM bagi penggal 2017/2018 seperti berikut :
Bil | Nama | Jawatan |
1 | Ts. Khairulnizam bin Haji Mohamed | Pengerusi |
2 | Mohd Nazri bin Md Rembeli | Timbalan Pengerusi |
3 | Tc. Azman bin Mohamed | Setiausaha |
4 | Tc. Khairunizam bin Mat Ribut | Timbalan Setiausaha |
5 | Ahmad Fadzli bin Akbar | Bendahari |
6 | Tc. Norlela binti Saihen | Timbalan Bendahari |
7 | Pn. Siti Zalita binti Ad Talib | Wakil UTM Kuala Lumpur |
8 | En.Ahmad Kamal bin Talib | Wakil UTM Kuala Lumpur |
9 | Tn. Hj. S. Syed Alwi bin Suleiman | Exco Penerangan |
10 | En. Mohamed Azlan Bin Arip | Exco Kebajikan, Sukan dan Rekreasi |
11 | Pn. Sarah Nadeha Binti Samad | Exco Kebajikan, Sukan dan Rekreasi |
12 | Ts. Mohd Shah bin Hj. Sahri | Exco Ekonomi |
MAJLIS TAKLIMAT DAN MESYUARAT GRED-GRED BADAN BERKANUN & PIHAK BERKUASA TEMPATAN, KEJURUTERAAN DAN MAHIR / SEPARUH MAHIR.
25 Julai 2017 – Majlis taklimat dan mesyurat bagi gred-gred badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, kejuruteraan dan mahir / separuh mahir telah diadakan di Anjung Makmur Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah anjuran Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Perlaksana dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Dua orang wakil daripada badan berkanun Universiti Teknologi Malaysia iaitu Ts. Khairulnizam bin Haji Mohamed dan Tc. Azman Bin Mohamed.
Mesyuarat bagi badan berkanun skim kejuruteraan membincangkan hala tuju Penolong Jurutera Universiti Awam khususnya dibahagian fakulti terlibat secara langsung pengajaran amali makmal berkaitan pertukaran lantik skim J kepada DV (Penolong Pegawai Latihan Vokasional). Ini adalah merupakan lanjutan daripada bengkel Jawatankuasa Gred J anjuran CUEPACS.
BENGKEL JAWATANKUASA GRED N/B/S, U, J, DG, DAN H ANJURAN CUEPACS
19 – 20 Julai 2017 – Bengkel jawatankuasa gred yang terdiri pelbagai gred iaitu gred N/B/S, U, J, DG, dan H telah diadakan di KL Internatioanal Hotel, Kuala Lumpur anjuran Cuepacs. Bagi gerd J seramai dua orang wakil iaitu Ts. Khairulnizam bin Haji Mohamed dan Tc. Azman Bin Mohamed. Tujuan utama bengkel ini adalah membincangkan laluan kerjaya, kenaikan pangkat dan sesi perbincangan serta pembentangan kumpulan bagi gred masing-masing. Kertas kerja yang dibawa oleh Jawatankuasa Penolong Jurutera UTM ialah ‘Cadangan Tukar Lantik Skim Penolong Jurutera J/JA di Fakulti dan Pusat Kecemerlangan kepada Skim Penolong Pegwai Latihan Vokasional DV’.