Seluruh warga UTM (UTMJB, UTMKL & UTMPagoh) adalah dijemput dan dialu-alukan utk bersama-sama hadir dalam Program Hari Keluarga UTM 2022, pada 27 Ogos 2022, jam 7.00 pagi, di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru. Pelbagai aktiviti & hadiah menarik telah disusun dan akan disediakan oleh pihak penganjur.
Bagi memastikan Program Hari Keluarga UTM 2022 ni berjalan lancar, meriah dan ceria, pihak penganjur membuka ruang dan peluang kepada warga UTM dan masyarakat yang prihatin utk menghulurkan sumbangan bagi menampung sebahagian kos penganjuran program tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Nama Akaun: Universiti Teknologi Malaysia
Nama Bank: AmBank Berhad
No. Akaun: 8881020983100
Rujukan: HK UTM22
Sumbangan kepada Program Hari Keluarga UTM 2022 adalah melayakkan penyumbang mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah sub-seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (mohon emelkan bukti sumbangan ke endowmen@utm.my untuk pengeluaran resit rasmi UTM).
Pertanyaan & maklumat lanjut berkaitan sumbangan kepada Program Hari Keluarga UTM 2022 boleh menghubungi talian 012-7721037 (Yusof) / 019-7270158 (Baharudin).
#Keluarga Sejahtera, UTM Produktif
#Kerana Tuhan Untuk Manusia
