Bernama
24/6/2016
24/6/2016
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) — Kerajaan akan menimbang menjadikan 8 Julai sebagai cuti peristiwa bagi negeri-negeri yang bekerja pada Jumaat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
Bagaimanapun, katanya perkara itu perlu dibawa untuk rundingan pihak berkenaan terlebih.
“Saya tidak pasti sama ada jawapannya positif atau negatif. Sebelum ini, tidak pernah ada cuti peristiwa untuk penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini


