KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS)
SEJARAH PENUBUHAN
- Abad ke 19 – Pengaruh politik dan kepentingan ekonomi British di Malaya dan kemasukan pekerja asing.
- 1920 – Pertubuhan menyerupai kesatuan sekerja (Chinese Workers Guids)
- 1928 – Parti Komunis Malaya di tubuhkan
- 1935 – Mogok di lombong Batu Arang.
- 1940 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 diperkenalkan
- 1941 – Penaklukan Jepun ke atas Malaya
- 1945 – Kesedaran politik – penubuhan kesatuan sekerja.
- 1946 – General Labour Union melancarkan 41 mogok, di susun semula menjadi Pa Malayan Federation of Trade Unions.
- 1946 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dikuatkuasakan. (Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja ditubuhkan)
- 1947 – Pendaftaran Kesatuan Sekerja 298 kesatuan /195,113 ahli.
- 1948 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dipinda. Persekutuan Kesatuan sekerja/had keanggotaan.
- 1948 – Malaya dalam darurat
- 1959 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 menggantikan Enakmen 1940 daftar semula Kesatuan /250 kesatuan 175,647 ahli.
- 1965 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 di perluaskan ke Sabah dan Sarawak.
- 1981 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dinamakan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
- 1989 – Gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja diganti dengan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
OBJEKTIF KESATUAN SEKERJA
- Mengaturkan perhubunggan yang baik dengan majikan dan pekerja.
- Supaya keharmonian perusahaan dikekalkan dan juga perpaduan ummah
- Meningkatkan Produktiviti.
- Memelihara hak dan kepentingan pekerja melalui program-program pendidikan, ekonomi dan kebudayaan. Dengan tujuan meningkatkan status Sosio ekonomi mereka.
PERANAN PEMIMPIN
- Menentukan arah tuju Organisasi
- Mengujudkan perasaan kepunyaan dan komitment kepada organisasi perhubungan yang berkesan
- Bimbingan
HAK BERKESATUAN SEKERJA
Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan:
“Semua warganegara adalah berhak menubuhkan kesatuan”
Seksyen 8 Akta Kerja 1955:
“Tiada kontrak perkhidmatan boleh menghadkan hak pekerja untuk menganggotai kesatuan sekerja atau menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja atau menubuhkan kesatuan sekerja”
Seksyen 5 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967:
Tiada majikan boleh
(a) Mengenakan syarat menyekat hak seseorang menggangotai kesatuan sekerja atau meneruskan keanggotaanya dalam kesatuan sekerja.
TUJUAN KESATUAN SEKERJA
- Mengatur perhubungan antara pekerja-pekerja dengan majikan majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan produktiviti.
- Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan.
- Mewakili pekerja-pekerja atau majikan-majikan dalam pertikaian perusahaan.
- Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara -perkara yang berkaitan dengannya.
- Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa mogok dijalankan.
- Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar, dialog dan sebagainya.
- Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain.
- Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah.
LARANGAN KEATAS KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM
- Anggota Polis Diraja Malaysia
- Anggota Perkhidmatan Penjara
- Anggota Angkatan Bersenjata
- Pegawai awam yang bertugas dalam jawatan sulit atau keselamatan.
- Pegawai awam yang dilarang di bawah undang-undang bertulis daripada menubuh atau menjadi anggota kesatuan sekerja.
- Pegawai awam yang memegang jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kecuali mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Negara.
PERSEKUTUAN KESATUAN SEKERJA
- Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (CUEPACS).
- Congress of Unions in Teaching Profession
- Sarawak Wharf Labourers Unions Federation.
- Federation of Unions of Textile and Garment Industry Workers
- Persekutuan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank dan Institusi Kewangan.
BADAN PERUNDING
Dalam Negara:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Luar Negara:
Public Services International
International Transport Workers Federation
International Metal Workers Federation
International Federation of Petroleum Workers
International Federation of Building and Wood Worker