KKA telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2022) pada 13 Ogos 2022. Sesi ini telah disertai oleh seramai 40 orang staf termasuk 8 orang kanak-kanak terdiri daripada UTM JB dan UTM Pagoh. Lawatan ini adalah percuma kepada ahli KKA dan bayaran yuran RM30 dikenakan kepada bukan ahli/pasangan dan ahli keluarga yang turut serta.

Bas yang membawa peserta lawatan telah bertolak pada jam 7.00 pagi dari UTM JB dan singgah di UTM Pagoh pada jam 8.30 pagi. Delegasi lawatan ini telah tiba pada jam 12.40 tengahari dan bertolak pulang pada jam 5.30 petang. Segala perancangan adalah berjalan lancar dan bas telah tiba di UTM JB sekitar jam 10.30 malam.