Assalamualaikum dan salam sejahtera
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Saudara,
PEMAKLUMAN: MAJLIS BERSAMA NAIB CANSELOR (APRIL) 2021
Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir/menonton Majlis Bersama Naib Canselor (April) 2021 seperti perincian berikut:
Tarikh: 12 April 2021 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat:
i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur (terhad kepada 250 orang peserta terawal)
Pakaian:
– Pakaian korporat UTM
Siaran langsung secara dalam talian (online) boleh diikuti menerusi pautan www.facebook.com/groups/utmcommunity
Oleh yang demikian, mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berhasrat untuk memohon slot pemakluman oleh Naib Canselor atau slot khas (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam majlis ini perlulah membuat permohonan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 April 2021, jam 5.00 petang di pautan berikut: https://corporateaffairs.utm.my/corporateevents/slot-mbnc/. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.
MAKLUMAN PENTING:
Semua staf yang ingin turut serta di lokasi yang dinyatakan di atas, hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa serta diwajibkan memakai pelitup muka. Mana-mana staf yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan untuk turut serta di dalam dewan.
Sekian, harap maklum.
Pejabat Hal Ehwal Korporat / Office of Corporate AffairsUniversiti Teknologi MalaysiaSkudai, Johor, Malaysia |