PERANAN KESATUAN KAKITANGAN AM UTM ADALAH MENGIKUT AKTA KESATUAN SEKERJA 1959.
- Mencapai matlamat supaya semua pekerja menjadi anggota kesatuan ini menurut syarat-syarat yang ditetapkan didalam peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara perhubungan perusahan, kemasyarakatan dalam pengetahuan.
- Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahan yang baik dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara mereka dengan aman dan bermuafakat.
- Menyelesaikan apa jua pertikaian hak pekerja kepada majikan mengikut undang-undang Malaysia serta dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
- Memberikan bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
- Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan yang halal oleh sesebuah kesatuan sekerja disisi undang-undang.
OBJEKTIF:
Memberi kesedaran kakitangan menjadi ahli kesatuan untuk bersama-sama memberikan sumbangan berterusan dan memperjuangkan hak-hak didalam undang-undang Malaysia
SEJARAH PERTUBUHAN KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Teknologi Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan mempunyai keahlian semasa itu seramai 154 orang yang terdiri daripada kakitangan sokongan dan Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan di Fakulti Alam Bina untuk pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja, seterusnya Kesatuan telah bergabung dengan Gabungan Majlis Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM).
Kesatuan Kakitangan Am UTM adalah satu-satunya kesatuan yang telah ujud bagi menjaga kepentingan staf sokongan Universiti dan apa sahaja masaalah yang melibatkan staf Universiti kesatuan adalah tempat mereka merujuk, ini adalah tertakluk kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959. Segala pertikaian hendaklah melalui Kesatuan menurut Aku Janji Bab C 1998
Senarai Presiden KKA
- En. Yusoff bin Samion (1987 – 1994)
- Allahyarham En. Nazri bin Abd Rahman (1994 – 2001)
- En. Muhamad Arif bin Yahaya (2001 – 2002)
- Tuan Hj. Mudzakir bin Mohd Azib(2004 – 2007)
- Tuan Hj. Ansar bin Sidek (2007)
- En. Azman bin Hj. Samsuri (2008 – 2010)
- En. Bahrim Bin Md Kasim (2011 – 2015 )
- En. Azmi Bin Md Rais (2015 – 2022)
- Tn. S. Syed Alwi bin Suleiman (2022 – kini)