Dimaklumkan bahawa, Kesatuan Kakitangan Am UTM (KKAUTM) sedang mengedarkan notis pertama Mesyuarat Agung Sesi 2022/2024 kepada staf yang telah menjadi ahli KKAUTM sehingga bulan Julai 2022. Turut dilampirkan bersama notis tersebut ialah Borang Usul dalam Mesyuarat Agung dan Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUTM sesi 2022/2024 yang akan datang. Senarai jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  1. Presiden (1 orang)
  2. Naib Presiden (1 orang)
  3. Bendahari (1 orang)
  4. Penolong Bendahari (1 orang)
  5. Setiausaha (1 orang)
  6. Penolong Setiausaha (1 orang)
  7. Ahli Jawatankuasa Kerja (9 orang)

Tuan/puan boleh mencalonkan diri sendiri atau rakan sekerja dikalangan ahli KKAUTM. Tarikh akhir penerimaan Borang Pencalonan adalah pada hari Khamis, 1 September 2022. 

Sebagai makluman awal, Mesyuarat Agung KKAUTM Sesi 2022/2024 akan diadakan pada hari Khamis, 22 September 2022 bertempat di Dewan Kuliah 7, Blok N24 bermula pada jam 2.00 petang.