Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CUEPACS Negeri Johor bagi Sesi 2022-2025 telah diadakan di Hotel New York, Johor Bahru pada hari Jumaat, 29 Julai 2022. Terdahulu, mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) yang merupakan wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor.

Tahniah buat Tuan Haji S.Syed Alwi Bin Suleiman Presiden KKAUTM yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi CUEPACS Negeri Johor sesi 2022-2025.

Tahniah juga kepada KKAUTM yang telah memenangi Anugerah Kesatuan Gabungan CUEPACS Negeri Johor Terbaik Tahun 2022.

#KeranaTuhanUntukManusia

#KKAUTM