ABN News
21/1/2015



Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.
Datuk Azih Muda berharap penjimatan sebanyak lebih RM5 Bilion itu tidak menjejaskan soal bekerja lebih masa.

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat awam yang mahu bekerja lebih masa perlu mendapatkan kelulusan khas dari majikan terlebih dahulu. Selain itu, mereka yang mahu bertugas selepas tamat waktu bekerja perlu berada dalam kumpulan, bukan secara perseorangan. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah berkenaan adalah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Untuk pemasangan CCTV, CCTV ni benda dah berlaku, kita nak supaya ia tidak berlaku, jadi kita nak pastikan bahawa petugas yang nak bekerja sebelah petang dan lewat malam ni kita kena ada rekod dia,”katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang penjawat awam wanita yang berkerja lebih masa dipukul oleh  seorang pekerja lelaki di pejabatnya di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia di Putrajaya, baru -baru ini.

Suspek yang merupakan pekerja di bahagian penyelenggaraan kini direman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat dibawah seksyen 326, kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mengulas lanjut, Datuk Azih berkata, beliau  turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya semalam. Wanita itu, katanya kini berada dalam keadaan trauman.

Justeru CUEPACS berharap pihak  bertanggungjawab dapat memberi pembelaan dan pampasan yang setimpal terhadap mangsa terbabit. “Pekerja yang dipukul ini masih berada dalam kontrak, pekerja ‘Contract for Service’, kita tak tau insurans mereka macam mana. Kita harap pihak kerajaan bantu mereka, dari segi kerugian sedikit sebanyak. Dan syarikat yang menggaji pekerja yang pukul ni kena bertanggungjawab penuh, tak boleh dia lepas tangan macam tu saja,”katanya.

Tegasnya, pengawasan yang lebih ketat merupakan antara elemen yang perlu dititik beratkan bagi memastikan faktor keselamatan pekerja lebih terjamin.

baca selanjutnya>>

UTM Open Day