Bernama
24/11/2016

LANGKAWI, 24 Nov (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan memberikan imbuhan tambahan bulanan untuk mengurangkan bebanan penjawat awam yang menghadapi kos hidup agak tinggi di Langkawi.
Timbalan Presiden II Cuepacs, Mohd Shaman Jaes berkata imbuhan haruslah bersamaan dengan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) seperti mana yang dinikmati penjawat awam yang bertugas di pulau bebas cukai Labuan.

Katanya penjawat awam dalam Kumpulan Sokongan II agak terbeban berikutan sewa rumah dan harga barang keperluan yang agak tinggi di pulau peranginan ini…..