Bernama
4/1/2017
4/1/2017

Datuk Seri Azalina Othman SaidKUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Tindakan tegas akan diambil kepada penjawat awam atau bekas penjawat awam yang menggunakan kedudukan mereka dengan membuat kenyataan atau berkelakuan mendatangkan fitnah sekali gus memberi persepsi buruk kepada kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan bahawa tiada penyata atau komen dibenarkan untuk menerbitkan atau bercakap tanpa persetujuan daripada menteri atau jabatan yang bertanggungjawab.
“Rasional pelaksanaan peraturan ini adalah bagi mengelakkan salah faham dari sumber yang tidak sah dan untuk mengelakkan salah tafsir berhubung keputusan kerajaan bagi mereka yang masih dalam perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini…..


