PERANAN KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (KKAUTM)
Kesatuan Kakitangan Am adalah sebuah kesatuan yang didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959. KKA mempunyai hak untuk berunding dengan pihak UTM berkaitan dengan isu perkhidmatan, kebajikan dan kesejahteraan staf. KKA juga mempunyai hak dalam menuntut gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik sebagaimana kelayakan yang telah ditawarkan dalam menjaga kebajikan ahli.
Selain itu, KKA juga boleh memberikan advokasi (khidmat nasihat dan bantuan guaman) dalam memperjuangkan, membela dan melindungi hak kepentingan staf/ahli KKA.
Diantara peranan dan penglibatan KKA bersama pihak pengurusan Universiti adalah seperti berikut:
- Ahli Tetap Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (UMG)
- Ahli Tetap Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti (OSHE)
- Ahli Tetap Jawatankuasa Perumahan Universiti
- Ahli Jawatakuasa Mesyuarat Perubatan Universiti
- Ahli Jawatankuasa Penentuan Harga Makanan Universiti
- Ahli Jawatankuasa Kempen Larangan Merokok Universiti
- Ahli Jawatankuasa Induk Hari Keluarga UTM
- Pemerhati dalam Mesyuarat Panel Penilai Dasar Pemisah (Exit Policy)
Selain itu, diantara objektif kesatuan adalah seperti berikut:
- Memberi kesedaran kepada kakitangan untuk menjadi ahli kesatuan dalam bersama-sama memberikan sumbangan berterusan dan memperjuangkan hak-hak didalam undang-undang Malaysia.
- Mencapai matlamat supaya semua pekerja menjadi anggota kesatuan ini menurut syarat-syarat yang ditetapkan didalam peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara perhubungan perusahan, kemasyarakatan dalam pengetahuan.
- Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahan yang baik dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara mereka dengan aman dan bermuafakat.
- Menyelesaikan apa jua pertikaian hak pekerja kepada majikan mengikut undang-undang Malaysia serta dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
- Memberikan bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
- Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan yang baik oleh sesebuah kesatuan sekerja disisi undang-undang.