6/1/2015
-
Mohd Fuzi (kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (dua, kiri) selepas menerima sumbangan berupa jet pam air daripada Simon, William dan Ismail, semalam. – Foto Ihsan PDRM
Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Mohd Fuzi Harun berkata, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir warga PDRM, kita akan cuba menumpulkan dana sebanyak RM1 juta bagi membantu mereka.
“Selain mengadakan kutipan dan sumbangan orang ramai dan pihak swasta, kami juga dalam usaha membuat potongan gaji untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa terlibat.
“Sehingga 2 Januari lalu seramai 1,422 keluarga warga PDRM terjejas banjir. Selain terpaksa berpindah ke penempatan sementara, mereka juga kerugian harta benda akibat kerosakan rumah,” katanya pada sidang media majlis penyampaian sumbangan jet pam air (Water Jet Pump) kepada mangsa banjir warga PDRM.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Redland Aviation Services Sdn Bhd, Datuk Ismail Hassan, Pengurus Besar Karcher Cleaning Systems Sdn Bhd, William Kiew, dan Pengarah Fable Plus Sdn Bhd Simon Tan. Sebanyak 80 unit jet pam air disumbangkan ketiga-tiga syarikat berkenaan bernilai lebih RM150,000.