Bernama
13/6/2016
13/6/2016
PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) — Kajian Kementerian Kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia hanya mula bersenam apabila menghadapi masaalah kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia mula melakukan aktiviti fizikal dan bersenam pada usia 40 hingga 50-an ekoran masalah kesihatan yang dihadapi akibat gaya hidup tidak sihat sebelum itu.
“Apabila doktor memaklumkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan menghidapi diabetes barulah individu berkenaan mula melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan, berjoging dan sebagainya.
— BERNAMA


