Ahli KKAUTM yang dihargai,

KKAUTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pemilihan Majlis Jawatankuasa KKAUTM Sesi 2022-2024 yang lalu. Kehadiran semua ahli dalam Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung KKAUTM Sesi 2022-2024 adalah amat dihargai. KKAUTM juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung KKAUTM Sesi 2022-2024.

Dikesempatan ini juga, KKAUTM ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK Sesi 2020-2022 atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sehingga selesai mesyuarat agung yang lalu. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KKAUTM Sesi 2022-2024 yang telah dilantik. Semoga terus cemerlang dan gemilang dalam memperkasakan agenda perkhidmatan awam dan seterusnya menjaga kebajikan semua ahli.

Sekian, terima kasih.